Dalam uraian yang telah lalu saya telah mengatakan kepada anda bahawa untuk
menjadi seorang Muslim yang sejati, syarat yang pertama-tama bagi seseorang adalah
pengetahuan tentang Islam. Setiap Muslim harus mengetahui apa yang diajarkan oleh al-Qur'an, sistem kehidupan apa yang diikuti oleh Rasulullah, apa makna Islam, dan hal-hal
apa saja sebenarnya yang membezakan Islam dari kufur. Tidak seorang pun yang lazimnya
menjadi seorang Muslim tanpa mengetahui hal-hal ini.
Tetapi sayang sekali bahawa anda
semua tampaknya tidak ghairah untuk memperoleh pengetahuan tersebut. Ini
menunjukkan bahawa anda semua masih belum menyedari betapa besar kurnia yang
terlepas dari tangan anda.
Saudara-saudara! Seorang ibu tidak akan memberikan air susunya kepada anaknya sebelum si anak menangis minta disusukan. Kalau seorang manusia merasa haus, dia sendiri harus mencari air dan Tuhan pun sudah menyediakan air itu. Bila anda sendiri tidak merasa haus, tidak akan ada gunanya sebuah sumber air yang memancar di hadapan anda.
Jadi anda harus menyedari terlebih dahulu betapa besar kerugian anda dengan tidak memahami din. Kitab Suci Allah ada beserta anda, tetapi anda tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Kerugian apa yang lebih besar daripada ini? Anda bahkan tidak mengetahui makna kalimah syabadah yang dengan membacanya anda menjadi seorang Muslim; tidak pula anda mengetahui tanggungjawab apa yang terpikul di atas bahu anda setelah anda membaca kalimah tersebut. Adakah kerugian yang lebih besar bagi seorang Muslim selain daripada ini?
Anda tahu besarnya kerugian anda bila padi di sawah anda terbakar; anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya pekerjaan; anda boleh merasakan sedihnya kehilangan harta benda. Tetapi anda tidak tahu betapa ruginya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam. Kalau anda menyedari kerugian ini, maka anda akan berusaha sendiri untuk menebus kerugian ini. Dan bila anda sendiri mahu berusaha, maka Insya Allah, Allah akan. memberikan jalan bagi anda untuk memperoleh kembali harta anda yang telah hilang itu, dan Allah menyelamatkan anda dari kerugian yang besar ini.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”
(HR. Muslim no. 1893)
Barangsiapa yang mengajak pada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun” (HR. Muslim no. 2674)
“…Jika ia berkeinginan melakukan kebaikan kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10 hingga 700 kali lipat kebaikan sampai tak terhingga…” (HR. Muttafaqun ‘Alaih)
Raih pahala mengalir dengan cara membagikannya. Tidak Perlu Ketik Ulang, Kirimkan ke WA info ini, klik logo share1 untuk WA, untuk telegram share2:
