Seandainya anda melihat orang yang sedang sakit membuka buku tentang pengubatan dan mengira bahawa dengan membacanya ia akan dapat sembuh dari penyakitnya, maka apa yang dapat anda katakan tentang orang itu? Tentu anda akan mengatakan bahawa orang tersebut adalah orang yang kurang waras dan harus dikirim ke rumah sakit jiwa?
Paket pembelajaran 'The New Quran Pen Reader' Perangkat untuk Membantu Membaca dan Memahami Al-Quran
Tertarik dengan paket memahami alquran diatas? Klik disini untuk info selengkapnya
Akan tetapi tidakkah anda sadar bahwa anda sendiri melakukan hal yang sama kepada buku yang dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk menyembuhkan penyakit-penyakit anda? Anda hanya membacanya sahaja dan mengira bahawa dengan membacanya begitu
sahaja, semua penyakit anda akan hilang. Anda mengira bahawa anda sudah cukup dengan membacanya sahaja tidak perlu untuk menuruti petunjuk-petunjuk yang
terkandung di dalamnya, tidak pula penting untuk menghindari bahaya seperti yang dikatakannya.
Maka, mengapa anda tidak memberikan penilaian yang sama kepada diri
anda sendiri seperti yang anda berikan kepada orang yang mengira bahawa dengan membaca buku perubatan sahaja adalah cukup untuk menyembuhkan penyakit?
Kalau anda menerima surat dalam bahasa yang tidak difahami, tentu anda mencari orang yang mengerti bahasa tersebut untuk mengetahui isinya. Anda tidak merasa tenang sebelum anda mengetahui isi surat tersebut. Begitalah yang anda lakukan terhadap surat-
surat dagang yang mungkin akan memberikan keuntungan yang sedikit bagi anda. Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh Penguasa dunia kepada anda yang menerangkan semua
keuntungan anda di lapangan din, yang berkaitan kehidupan duniawi, anda biarkan begitu sahaja tanpa mencoba untuk memahami isinya. Anda tidak memperlihatkan keinginan
untuk mengetahui isinya. Tidakkah ini suatu hal yang menghairankan?
AKIBAT PERLAKUAN YANG ZALIM TERHADAP, KITAB ALLAH
Saudara-saudara!
Saya tidak mengatakan ini semua, hanya untuk memuaskan diri saya sendiri sahaja. Tetapi bila anda merenungkan semua kenyataan itu, hati anda akan membenarkan bahawa sekarang ini Kitab Allah sedang mengalami perlakuan yang zalim di dunia ini, dan pelaku-pelakunya adalah orang-orang yang menyatakan dirinya sendiri beriman
kepadanya dan bersedia mati untuk membelanya. Tidak syak lagi mereka memang, beriman kepadanya dan menganggapnya lebih berharga daripada hidup mereka sendiri; tetapi sayangnya mereka sendirilah yang memperlakukannya dengan perlakuan yang paling zalim. Dan akibat perlakuan yang zalim terhadap Kitab Allah ini jelas kelihatan!
Hendaklah kita fahami sebenar-benarnya bahawa, Kitab Allah tidaklah diturunkan
kepada manusia untuk menjerumuskannya ke dalam jurang kecelakaan, kemalangan dan penderitaan.
"Kami tidak menurunkan al-Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah). (Al-Qur'an, Thaha, 20:2-3)
Al-Qur'an adalah sumber kebahagiaan dan nasib baik, bukannya sumber kejahatan dan kesengsaraan. Tidak mungkin suatu umat yang memiliki Wahyu Allah hidup dalam penderitaan di dunia ini, diperbudak, diinjak-injak dan ditendang oleh orang lain, dicengkam tengkuknya dan dicucuk hidungnya dan dicampak ke arah mana sahaja yang
disukai orang lain tersebut. Suatu umat hanya akan menemui nasib seperti ini bila mereka memperlakukan Kitab Allah secara zalim. Nasib Bani Israil terpampang di hadapan anda. Taurat dan Injil diturunkan kepada mereka dan dikatakan:
“Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil
dan al-Qur'an, yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka
akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka".
(Al-Qur'an, al-Maidah, 5:66).
Tetapi mereka memperlakukan Kitab-kitab Allah tersebut dengan cara yang zalim dan mereka memperoleh balasan perbuatan itu:
“...Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka
mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu
mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:61)
Kerana itu apabila suatu umat memiliki Kitab Allah, namun mereka hidup dalam
kehinaan dan diperbudak oleh orang-orang lain, maka anda boleh memastikan bahawa hal itu adalah kerana mereka memperlakukan Kitab Allah dengan cara yang zalim, dan apa yang mereka alami itu adalah hukuman atas perbuatan mereka itu.
Tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan diri dari murka Allah, selain menghentikan kezaliman tersebut dan memperlakukan Kitab Allah dengan semestinya. Bila anda semua tidak berhenti dari berbuat dosa yang besar ini, maka hidup anda tidak akan berubah meskipun anda mendirikan berbagai perguruan tinggi di setiap desa dan anak-anak anda semua menjadi sarjana, dan anda, seperti orang-orang Yahudi, menjadi jutawan-jutawan dengan jalan riba.
********

