MENU

WARUNG

Etalase Lapak dan Produk

chat5

Chat WhatsApp

CS WA

Status: On
Halo, bagaimana kami dapat membantu Anda?

Senin, 08 Februari 2021

Masalah Yang Harus Dipertimbangkan Dengan Serius

MASALAH YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN DENGAN SERIUS OLEH KITA SEMUA



Saudara-saudara yang tercinta!

Janganlah saudara-saudara mengira bahwa saya mahu men'cap' orang-orang Muslim sebagai orang-orang kafir. Tidak, bukan begitu maksud saya. 

Saya hanya mengajak saudara-saudara untuk berfikir dan merenungkan mengapa kita semua tidak memperoleh rahmat Allah. Mengapa kita menjadi korban bencana dari segala penjuru? 

Mengapa mereka yang kita sebut orang-orang kafir, yakni hamba-hamba Allah yang membangkang kepadaNya, di mana-mana menguasai kita? Dan mengapa kita, yang menyatakan diri sebagai hamba-hambaNya yang patuh, diperbudak orang di mana-
mana? 

Semakin saya merenungkan sebab dari situasi ini, semakin saya merasa yakin bahawa satu-satunya perbezaan yang tinggal antara kita dengan orang-orang kafir sekarang ini hanyalah perbezaan dalam nama sahaja, sedangkan kita sama lupanya 
kepada Allah dengan mereka, sama tidak takutnya kepadaNya, dan sama pula pembangkangnya dengan mereka, orang-orang kafir. Tentu sahaja ada perbezaan sedikit antara kita dan mereka, tetapi perbezaan ini demikian kecil dan tidak bererti apa-apa. Justeru perbezaan itu membuat kita semakin patut memperoleh hukuman dari Allah, kerana kita tahu bahawa al-Qur'an adalah Kitab Allah tetapi kita memperlakukannya seperti perlakuan yang diberikan orang-orang kafir kepadanya.

Kita tahu bahawa Muhammad saw adalah Utusan Allah, tetapi kita, seperti halnya orang-orang kafir, takut untuk mengikutinya. Kita tahu bahawa Allah mengutuk para pembohong dan telah menyatakan dengan tegas bahawa tempat tinggal orang-orang yang merasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka. Dia telah menyatakan bahawa para pengambil dan para pemberi riba adalah penjahat-penjahat yang paling keji. Dia telah mengatakan bahawa membicarakan orang lain adalah seperti memakan daging saudara sendiri yang telah mati. Dia telah memperingatkan bahawa kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang kotor, kebiadapan dan perbuatan-perbuatan yang cabul akan dihukum dengan hukuman yang pedih. Tetapi walaupun kita mengerti itu semua, namun kita melakukannya dengan bebas seperti orang-orang kafir, seolah-olah kita sama sekali tidak takut kepada Allah.

Inilah sebabnya mengapa kita tidak memperoleh rahmat, kerana kita tampaknya sahaja adalah orang-orang Muslim, tetapi sebenarnya kelakuan kita sama sahaja dengan orang-orang kafir. 

Kenyataan bahawa orang-orang kafir menguasai dan memerintah kita, dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap peristiwa, adalah bentuk hukuman atas kejahatan kita yang telah tidak menghargai nikmat kurnia Islam yang telah dilimpahkan kepada kita. 

Saudara-saudara yang tercinta! 

Apa yang saya katakan pada hari ini tidaklah ditujukan untuk menyalahkan anda semua. Penjelasan saya di sini bukanlah untuk mencela saudara-saudara. Maksud saya hanyalah untuk menyadarkan dan mengajak anda semua untuk memperoleh kembali apa yang telah hilang dari tangan kita. Keinginan untuk memperoleh kembali harta yang hilang akan timbul, bila seseorang menyadari apa yang telah hilang dari tangannya dan betapa bernilainya harta yang hilang itu. Kerana itulah saya mencoba untuk menyedarkan anda semua. Bila anda semua mengerti dan sedar bahwa sesungguhnya anda dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian hilang dari tangan anda, maka anda pasti akan berfikir untuk memperoleh harta itu kembali.

Jadi harus ada KEMAHUAN UNTUK MEMPEROLEH PENGETAHUAN DARI AJARAN ISLAM

Bersambung ...




Raih pahala mengalir dengan cara membagikannya. Tidak Perlu Ketik Ulang, Kirimkan ke WA info ini, klik logo share1 untuk WA, untuk telegram share2:

Blog Post

Related Post

Artikel Terbaru




Back to Top

Cari Artikel

Label