BERUSAHA UNTUK MEMPEROLEH PENGETAHUAN AJARAN ISLAM (DENGAN MEMPELAJARINYA) ADALAH WAJIB
Dalam risalah yang telah sampaikan lalu saya telah mengatakan kepada anda bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, syarat yang pertama-tama bagi seseorang adalah pengetahuan tentang Islam. Setiap Muslim harus mengetahui apa yang diajarkan oleh al-Qur'an, sistem kehidupan apa yang diikuti oleh Rasulullah, apa makna Islam, dan hal-hal apa sebenarnya yang membezakan Islam dari kufur.
Tidak seorang pun yang lazimnya
menjadi seorang Muslim tanpa mengetahui hal-hal ini. Tetapi sayang sekali bahawa anda semua tampaknya tidak ghairah untuk memperoleh pengetahuan tersebut. Ini menunjukkan bahawa anda semua masih belum menyedari betapa besar kurnia yang
terlepas dari tangan anda.
Saudara-saudara! Seorang ibu tidak akan memberikan air susunya kepada anaknya sebelum si anak menangis minta disusukan. Kalau seorang manusia merasa haus, dia sendiri harus mencari air dan Tuhan pun sudah menyediakan air itu. Bila anda sendiri tidak merasa haus, tidak akan ada gunanya sebuah sumber air yang memancar di hadapan anda.
Jadi anda harus menyedari terlebih dahulu betapa besar kerugian anda dengan tidak memahami din.
✍Kitab Suci Allah ada beserta anda, tetapi anda tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Kerugian apa yang lebih besar daripada ini?
✍Anda bahkan tidak mengetahui makna kalimah syahadah yang dengan membacanya anda menjadi seorang Muslim; tidak pula anda mengetahui tanggungjawab apa yang terpikul di atas bahu anda setelah anda membaca kalimah tersebut.
✍Adakah kerugian yang lebih besar bagi seorang Muslim selain daripada ini?
✍Anda tahu besarnya kerugian anda bila padi di sawah anda terbakar;
✍Anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya pekerjaan;
✍Anda boleh merasakan sedihnya kehilangan harta benda.
Tetapi anda tidak tahu betapa ruginya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam. Kalau anda menyedari kerugian ini, maka anda akan berusaha sendiri untuk menebus kerugian ini. Dan bila anda sendiri mahu berusaha, maka Insya Allah, Allah akan. memberikan jalan bagi anda untuk memperoleh kembali harta anda yang telah hilang itu, dan Allah akan menyelamatkan anda dari kerugian besar ini.
*********
Raih pahala mengalir dengan cara membagikannya. Tidak Perlu Ketik Ulang, Kirimkan ke WA info ini, klik logo share1 untuk WA, untuk telegram share2:


