- Tidak tahu hakikat dirinya
- Tidak bisa menjawab pertanyaan besar manusia (uqdatul qubra)
- Tidak memiliki peta hidup
Sebelum menguraikan tiga point penting diatas alangkah baiknya kita memahami arti hakikat dari kata 'ibadah'. Karena dari mulai sinilah manusia akan mendapatkan pengetahuan sebelumnya (maklmat al sabiqah) tentang hakikat diri dan keberadaanya (exmen) di muka bumi.
Apa itu arti dan hakikat Ibadah?
‘Ibadat berasal dari kata 'abd; ertinya adalah "pelayan" dan 'budak". Jadi, 'ibadat bererti "penghambaan" dan "perbudakan".
Apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain, melayani tuannya
sebagaimana halnya seorang budak, dan bersikap terhadap orang itu sebagaimana
terhadap seorang tuan atau majikan, maka perbuatan seperti itu disebut penghambaan dan 'ibadat.
Berlawanan dengan ini, apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain
dan juga memperolehi gaji daripadanya, tetapi tidak mahu melayaninya sebagaimana seorang budak terhadap tuannya, maka ia dikatakan tidak patuh dan membangkang, atau lebih tepat lagi, hal itu dapat dikatakan sebagai pengkhianatan.
Sekarang fikirkanlah bagaimana seharusnya tingkah laku seorang budak terhadap tuannya.
Kewajipan pertama dari seorang budak adalah memandang tuannya sebagai penguasa (lord), dan merasa berkewajipan untuk setia kepada orang yang menjadi tuannya, penunjang hidupnya, pelindung dan penjaganya, dan meyakini sepenuhnya bahawa tidak seorang pun selain tuannya itu yang layak mendapatkan kesetiaannya.
Kewajipan kedua dari seorang budak ialah selalu patuh pada tuannya, melaksanakan
perintah-perintahnya dengan cermat, jangan sekali-kali enggan melayaninya, dan tidak mengatakan sesuatu pun atau mendengarkan perkataan dari siapa pun yang bertentangan dengan kehendak tuannya. Seorang budak dalam setiap saat, situasi dan keadaan, adalah tetap seorang budak. Ia sama sekali tidak mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ia akan mematuhi perintah tertentu dari tuannya dan membangkang perintah lainnya, atau
bahawa ia menjadi budak tuannya untuk waktu-waktu tertentu dan bebas dalam waktu�waktu yang lain.
Kewajipan ketiga dari seorang budak adalah menghormati dan menghargai tuannya. Dia harus mengikuti cara yang ditentukan oleh tuannya sebagai sikap hormat kepada tuannya. Dia mestilah selalu hadir untuk memberi hormat pada waktu yang ditentukan oleh tuannya sebagai bukti bahawa dia benar-benar setia dan patuh kepada tuannya.
Inilah hal-hal yang mutlak yang harus dipenuhi dalam 'ibadat, iaitu pertama, kesetiaan
terhadap tuan dan majikan; kedua, kepatuhan kepadanya; dan ketiga, penghormatan dan
penghargaan terhadapnya. Apa yang dikatakan Allah dalam ayat:
"Tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu".
Ini bererti bahawa tujuan Allah menciptakan kedua-dua jenis makhluk itu, adalah agar
mereka hanya setia kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang lain, agar mereka hanya
mengikuti perintah-perintah Allah sahaja dan tidak mendengarkan perintah sesiapa pun
yang bertentangan dengan perintahNya dan menundukkan kepala dengan hormat dan
penghargaan hanya kepadaNya sahaja dan tidak kepada yang lain. Ketiga-tiga hal ini
telah dirumuskan Allah dalam satu istilah yang komprehensif, iaitu 'ibadat. Inilah yang
dimaksudkan dalam semua ayat di mana Allah memerintahkan agar manusia beribadat
kepadaNya. Intisari ajaran Rasul saw dan ajaran rasul-rasul lain yang diutus Allah